KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN
PEMBELAJARAN 😄
BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN
Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Sememangnya, guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah selain mengajar iaitu sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sebagainya.
Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.
Suasana dalam bilik darjah mempunyai pengaruh kepada para pelajar dalam pembelajaran. Terdapat beberapa ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dari segi fizikal, emosi dan sosial. Bagi ciri fizikal, guru perlu memastikan susun atur yang tidak begitu padat di dalam kelas dan memastikan kelas mempunyai pelbagai kemudahan kepada para pelajar. Dari segi emosi pula, guru perlu bersifat peramah, suka hati, menyayangi pelajar dan mengharapkan kejayaan pelajar mengikut tahap kemampuan pelajar. Dari segi sosial pula, ia melibatkan hubungan pelajar dengan rakan sebaya bagi membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah dan menjalankan tugasan kumpulan.
1. Pembelajaran Maya Menggalakkan Perkongsian Maklumat
Dalam Sesebuah Komuniti.
Perkongsian maklumat dan pengetahuan diantara ahli dalam organisasi dan
institusi penyelidikan
adalah amat penting
pada masa ini.
Istilah masyarakat bermaklumat
telah digunakan secara meluas pada masa ini dan ia membawa maksud yang berbagai
mengikut keperluan atau kepentingan sesuatu masyarakat atau komuniti itu
sendiri.
2. Pembelajaran Maya Memberi Peluang Yang Lebih Luas Kepada
Masyarakat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi.
Menurut Jamaludin (2000), pembelajaran maya
merupakan alternatif yang berkesan untuk menampung bilangan pelajar yang ramai
kerana pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kelihatan sudah kurang
dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini adalah kerana pengajaran secara kuliah
untuk 500-1000 orang pelajar akhirnya menjadi sesi penyampaian semata-mata.
Interaksi antara pensyarah dengan pelajar secara individu menjadi mustahil.
Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti perbincangan kumpulan, pembentangan,
percambahan fikiran dan lain-lain tidak dapat dijalankan. Seterusnya kesesakan
dalam dewan kuliah menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak lagi kondusif.
Akhirnya motivasi pelajar tentunya akan menurun. Kini ramai yang mencadangkan
dan menganggap bahawa pembelajaran maya merupakan satu alternatif yang paling
sesuai bagi menampung bilangan pelajar yang terus meningkat di dalam sesebuah
negara seperti Malaysia ini.
😎😎😎 THE END FOR KPS 3014 😎😎😎