KPS 3014😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄
BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH
Kembali lagi untuk bab seterusnya iaitu pengurusan bilik darjah. Bab ni miss yana tak tahu nak share pasal apa hahaha. Serious takde idea nak cakap apa pasal bab ni 😁
Okeylah macam yang kita tahu pengurusan bilik darjah ni memainkan watak yang penting tau ! Eh jap watak ? hahaha peranan ye wahai adik-adikku sekalian. Sebab apa tau dia penting, sebab.....
JENG JENG JENG !!!
Sebab dia akan bermain dengan emosi kita. Emosi tak stabil jawabnya takde moodlah nak study kan kannn?? Haaa cepat cakap betul heheh
Korang baca jelah apa yang miss yana post kat bawah ni ye. Ingat walaupun sikit ilmu tapi kelak ia akan berguna untuk kita
Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).
Gambar di atas adalah salah satu contoh suasana di dalam bilik darjah.
Keratan akhbar di atas adalah tentang Pelaksanaan bilik
darjah abad ke-21. 13 Januari 2018 yang lalu YB Menteri Pendidikan Datuk Seri
Mahdzir Khalid telah memaklumkan bahawa kelas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21)
akan dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di sekolah-sekolah terpilih
melibatkan kawasan Bandar dan luar Bandar. Dalam membangunkan murid seimbang
dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam Aspirasi Murid, guru dan pentadbir perlu
kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi
melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP. Murid yang
hadir ke sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu
dipenuhkan dengan ilmu pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah
berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik
darjah – daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia
luar melalui internet.
Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat
menyedarkan murid bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di
mana-mana sahaja tidak kira masa sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing
murid ini memerlukan cara yang kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh
guru menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga
perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah
menerusi pelbagai medium.
😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎
No comments:
Post a Comment