Tuesday, 21 May 2019

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Haiii haiiii !!! Macam yang kita tahu sesebuah organisasi mestilah ada ketua kan? Kalau dekat sekolah ketua dia mestilah PENGETUA. 

Ni pengetua sekolah Upin dan Ipin hehehe 😂😂



Keratan akhbar tersebut menceritakan tentang Menteri Besar, Dato Seri Mohamad Hassan  telah menghadiri salah satu Majlis Temu Mesra Sekolah Menengah Tungku Ampuan Durah (STAD) di Seremban, Negeri Sembilan. Dato Seri Mohamad Hassan mengatakan bahawa untuk menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah apa ia perlulah mempunyai usaha supaya  dapat dicapai oleh semua pihak. Kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. 

Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003).    

Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalah  penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.

            Pengurusan pendidikan sebagai satu disiplin khusus banyak dibincangkan oleh Culbertson (1980), Hughes (1985), Hughes dan Bush (1991), Bush (1999) dan Glatter (1999). Bidang pengurusan pendidikan ini diterjemahkan daripada prinsip-prinsip pengurusan yang digunakan dalam industri dan bidang kewangan (Bush 2003).  Pembinaan teori pengurusan pendidikan pula  melibatkan aplikasi model-model di bidang industri ke bidang pendidikan.






😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER ðŸ˜ŽðŸ˜ŽðŸ˜Ž






No comments:

Post a Comment