KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄
BAB 1 : SOSIOLOGI DAN PEMBELAJARAN
Dibawah adalah definisi untuk sosiologi yang telah saya pelajari di dalam kelas Pengurusan dan Pembelajaran.
Perspektif sosiologi terbahagi kepada dua iaitu mikro dan makro. Mikro adalah bersifat kecil dan individu manakala makro adalah bersifat besar, kompleks dan berfokuskan masyarakat atau orgnisasi.
Sosiologi mempunyai tiga teori utama iaitu Teori Interaksionisme, Teori Fungsionalisme, dan Teori Konflik.
Teori Interaksionisme
Nama beliau ialah George Hervest Mead. Teori interaksionisme banyak dikaitkan dengan George Herbert Mead. Beliau merupakan pengkaji sosiologi yang bersifat mikro. Ia membincangkan peranan individu dalam sesuatu sistem sosial. Teori ini mengkaji bagaimana seseorang menginterpretasi dan bertindak mengikut kemahuan masing-masing dalam masyarakat. Ahli-ahli interaksionisme mentafsir makna perlakuan atau aksi individu dan memperjelaskan makna-makna perlakuan manusia yang subjektif. Mereka melihat bagaimana makna-makna yang subjektif dikongsi bersama oleh anggota- anggota masyarakat. Oleh itu, teori ini mempunyai dua asas pemerhatian penting iaitu pertamanya ia mengkaji makna simbolik atau makna yang tersirat secara subjektif. Keduanya ia melihat bagaimana makna yang simbolik itu digunakan dalam interaksi manusia.
Teori Fungsionalisme
Nama beliau ialah Auguste Comte. Teori fungsionalisme adalah teori dominan dalam antropologi. Teori ini memandang budaya sebagai satu kesatuan, dan mencuba untuk menjelaskan bagaimana hubungan antara bahagian-bahagian masyarakat yang tercipta dan bagaimana bahagian ini fungsional dan disfungsional. Teori ini memandang masyarakat sebagai sistem yang kompleks di mana bahagian tersebut perlu bekerja bersama untuk mempromosikan solidaritas dan stabilitas. Ini membuktikan bahawa kehidupan sosial kita adalah berdasarkan pada struktur sosial, yang pola sosialnya secara relatif stabil (Macionis, 1997).
Teori Konflik
Nama beliau ialah Karl Marx. Teori konflik sosial yang muncul pada abad 18 dan 19 dapat
di mengerti sebagai respon dari lahirnya sebuah revolusi, demokratisasi dan
industrialisasi. Teori sosiologi konflik adalah alternatif dari sebuah ketidak puasan
terhadap fungsionalisme struktural Talcot Parsons dan Robert K. Merton, yang
menilai masyarakat dengan paham konsensus dan integralistiknya. Dan perspektif
konflik dalam melihat masyarakat ini dapat dilihat pada tokoh-tokoh klasik
seperti Kral Marx, Max Weber, dan George Simmel. Teori konflik muncul sebagai
bentuk reaksi atas tumbuh suburnya teori fungsionalisme struktural yang
dianggap kurang memperhatikan fenomena konflik sebagai salah satu gejala di masyarakat
yang perlu mendapatkan perhatian. “Pemikiran yang paling berpengaruh atau menjadi
dasar dari teori konflik ini adalah pemikiran Karl Marx dan pada tahun 1950-an,
teori konflik yang semakin mulai merebak.
😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER GUYSSSS 😎😎😎
No comments:
Post a Comment