Wednesday, 22 May 2019

MY CLASSMATE

😍  EH EH 😍


Assalamualaikum hye hye. Sebelum ni miss yana cerita pasal pendidikan je kan? Tapi kali ni berbeza sedikit. Miss yana nak cerita pasal crush miss yana. hahahah....

Ni pun buat sebab miss Izazol suruh oppss! Jangan marah naa miss Izazol hehehe 😂

Macam yang kita semua tahu, semua orang ada crush masing-masing. Nampak nau nipunya kalau takde crushkan. Yang takde crush tu tak normal hahah...

Kat bawah ni miss yana nak selitkan video crush miss yana menari time karnival kuo (kolej ungku omar). Pandai-pandailah korang cari dia kat dalam tu ye hahahahaha (evil laugh)




Haaa jumpa tak crush miss yana tuuu ?? hehe mesti tak jumpa en enn..... Nama dia Muhammad Ammar. Dia dari ISMP Sejarah. Miss yana plak ISMP IT. So, memey kita orang ni lain-lain fakulti. Jumpa pun time dalam kelas KPS 3014. Suka dengan dia sebab cara dia menyampaikan maklumat time presentation tuuuuuuu.... Dia pandai menerangkan dengan jelas dan detail. Nampaklah dia boleh jadi cikgu yang cemerlang 😃


Okeylah sampai sini jelah. Nama pun crushkan biarlah rahsia hahahah. Maaf miss Izazol tak boleh cerita lebih-lebih hahahha... muahhh

p/s : suka dia sebagai KAWAN je tak lebih-lebih (nada tegas)



😏😏 TUTUP BUKU MY CRUSH 😏😏







BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN


Menurut Haji Samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama dari semua ahli dalam mencapai matlamat kumpulan. Sememangnya, guru memainkan peranan yang penting di dalam bilik darjah selain mengajar iaitu sebagai pengurus, iaitu mengurus rutin bilik darjah, mengurus pelajar supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif dan sebagainya.

Kecekapan guru dalam menjalankan tanggungjawab sebagai pengurus dapat membantu meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Menurut Noraisah Ibni Qasim, pengurusan alam pembelajaran penting bagi memenuhi masa yang diperuntukkan untuk mengajar, memastikan objektif pembelajaran dan pengajaran tercapai serta tidak membosankan kerana dapat menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran tersebut.

Suasana dalam bilik darjah mempunyai pengaruh kepada para pelajar dalam pembelajaran. Terdapat beberapa ciri iklim bilik darjah yang sesuai untuk sesi pengajaran dan pembelajaran iaitu dari segi fizikal, emosi dan sosial. Bagi ciri fizikal, guru perlu memastikan susun atur yang tidak begitu padat di dalam kelas dan memastikan kelas mempunyai pelbagai kemudahan kepada para pelajar. Dari segi emosi pula, guru perlu bersifat peramah, suka hati, menyayangi pelajar dan mengharapkan kejayaan pelajar mengikut tahap kemampuan pelajar. Dari segi sosial pula, ia melibatkan hubungan pelajar dengan rakan sebaya bagi membantu mereka dalam menyiapkan kerja rumah dan menjalankan tugasan kumpulan.



1. Pembelajaran Maya Menggalakkan Perkongsian Maklumat Dalam Sesebuah Komuniti.

Perkongsian maklumat dan pengetahuan diantara ahli dalam organisasi dan institusi   penyelidikan   adalah   amat   penting   pada   masa   ini.   Istilah  masyarakat bermaklumat telah digunakan secara meluas pada masa ini dan ia membawa maksud yang berbagai mengikut keperluan atau kepentingan sesuatu masyarakat atau komuniti itu sendiri.

2. Pembelajaran Maya Memberi Peluang Yang Lebih Luas Kepada Masyarakat Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Yang Lebih Tinggi.

Menurut Jamaludin (2000), pembelajaran maya merupakan alternatif yang berkesan untuk menampung bilangan pelajar yang ramai kerana pengajaran dan pembelajaran secara tradisional kelihatan sudah kurang dapat dilaksanakan secara berkesan. Ini adalah kerana pengajaran secara kuliah untuk 500-1000 orang pelajar akhirnya menjadi sesi penyampaian semata-mata. Interaksi antara pensyarah dengan pelajar secara individu menjadi mustahil. Kepelbagaian kaedah pengajaran seperti perbincangan kumpulan, pembentangan, percambahan fikiran dan lain-lain tidak dapat dijalankan. Seterusnya kesesakan dalam dewan kuliah menjadikan pengajaran dan pembelajaran tidak lagi kondusif. Akhirnya motivasi pelajar tentunya akan menurun. Kini ramai yang mencadangkan dan menganggap bahawa pembelajaran maya merupakan satu alternatif yang paling sesuai bagi menampung bilangan pelajar yang terus meningkat di dalam sesebuah negara seperti Malaysia ini.



😎😎😎 THE END FOR KPS 3014 😎😎😎





BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 13 : SEKOLAH DAN PERSEKITARAN







PIBG merupakan organisasi yang penting kepada sesebuah institusi pendidikan sama ada di peringkat sekolah rendah mahupun menengah. Ini adalah kerana fungsi dan tanggungjawab PIBG amat mencabar dalam meningkatkan kualiti pendidikan anak masing-masing bersama warga pendidik.

Bab ini menyatakan persediaan ke alam persekolahan, kajian di sekolah, aksi guru di sekolah, dan refleksi.  Bab ini juga menghurai dan menyenaraikan teori motivasi.

Menurut Haji samsudin bin Md Noor, pengurusan bermaksud satu proses untuk mendapatkan penyertaan, kerjasama, dari semua ahli dalam mencapai matlamat pendidikan.  Manakala menurut Lee Shok Mee (1993), pembelajaran bermaksud keadaan atau suasana belajar yang dapat merangsang minat belajar kanak-kanak dalam mencapai matlamat perubahan tingkah laku ke arah positif dan daripada tidak tahu kepada tahu.

Pengurus alam pembelajaran dapat mengenal pasti faktor dan kepentingan persediaan alam pembelajaran serta pengaruh persekitaran alam pembelajaran.  Hal ini dapat memahami hubungan antara gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik pelajar serta mengenal pasti masalah yang seringkali dihadapi oleh guru dalam pengurusan pembelajaran di bilik darjah dan cara untuk mengatasinya.




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎





BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 12 : PENGURUSAN MURID PELBAGAI UPAYA


Menimba ilmu sudah menjadi kewajipan sebagai manusia, termasuklah pelajar orang kurang upaya (OKU) yang juga berhak untuk menimba ilmu dan mendapat pendidikan sama seperti pelajar lain demi menjamin masa depan mereka yang cerah.
Justeru, bermula tahun depan Kementerian Pendidikan akan memastikan tiada lagi pelajar OKU yang ditolak untuk memasuki alam persekolahan.
Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik memberitahu melalui Bernama, tujuannya untuk memastikan pelajar OKU menerima hak pendidikan yang sama seperti pelajar normal serta mengelakkan mereka tercicir dalam pelajaran.
Kami akan laksanakan zero reject policy bermula tahun depan yang mana kami akan pastikan selepas ini tiada lagi pendaftaran pelajar OKU yang ditolak daripada mengikuti pembelajaran di sekolah arus perdana.



Kesimpulan daripada topik ini, saya dapat rumuskan bahawa setiap guru perlu mengenal pasti sama ada pelajarnya mempunyai masalah keupayaan ataupun tidak. Jika guru sudah mengenal pasti, guru perlulah menggunakan cara pengajaran yang berbeza dengan pelajar biasa mengikut kesesuaian pelajar dan guru tidak boleh memandang remeh terhadap pelajar kurang upaya ini. 




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎






BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA




Kepelbagaian adalah realiti yang diakui Islam. Ia adalah sunnatullah yang mesti diuruskan dengan bijaksana supaya menjadi faktor kekuatan dan keharmonian. Islam menganjurkan umatnya menerima perbezaan agama dan etnik sebagai lumrah seperti Surah al-Baqarah ayat 13, mengelakkan cemuhan budaya, etnik dan agama, bersopan santun serta berbudi seperti Surah al-Nahl ayat 125, Surah Toha ayat 44 dan Surah al-Hujurat ayat 11.

Islam mencorakkan kehidupan rakyat Malaysia. Dengan petunjuk Islam, Malaysia membangun dengan pesat dan harmoni. Pembangunan negara berkembang pesat meliputi bidang pentadbiran dan pembangunan berteraskan Islam.

Islam memainkan peranan mewujudkan toleransi, keseimbangan, keadilan dan kesederhanaan dalam diri orang Melayu yang peka terhadap keperluan dan aspirasi kaum lain. Masa depan negara ditentukan oleh perpaduan rakyat berbilang kaum, bukannya kuasa asing. Setiap kaum mempunyai peranan membentuk Malaysia.

Sambutan Aidilfitri, Aidiladha, Tahun Baharu Cina, Deepavali dan Krismas adalah cuti umum. Sesetengah negeri turut memberi kelepasan am sempena sambutan lain seperti Tadau Kaamatan dan Hari Gawai di Sabah dan Sarawak. Kepelbagaian budaya adalah kekuatan dalam pembinaan Malaysia.





😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎









BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 10 : PENGURUSAN PENASIHATAN MURID



















Interaksi antara kaunselor dan orang yang memerlukan khidmat nasihat




Di atas adalah petikan daripada akhbar tentang bengkel motivasi yang diberikan kepada pelajar sekolah. Ini adalah satu ikhtiar yang diberikan kepada pelajar untuk menaikkan semangat untuk belajar. Dengan itu, mereka akan merasa semangat berkobar-kobar untuk belajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan. 




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎




BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN























Di atas adalah tentang Peraturan Disiplin 1959


                                                              Ordinan Pelajaran, 1952 

Ordinan ini diluluskan pada September, 1951, hasil dari Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu, kerajaan British mencadangkan : 
1 penubuhan dua jenis sistem persekolahan, iaitu satu sekolah yang mengunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan satu lagi sekolah yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar 

2 kemudahan pelajaran bahasa Cina dan bahasa Tamil jika terdapat permintaan dari ibubapa dengan bilangan murid 15 orang sebagai relajar 

3 bahasa Inggeris akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Melayu dan bahasa Melayu akan menjadi pelajaran wajib bagi sekolah Inggeris Namun halangan dan masalah yang hadapi adalah : 

1 kekurangan guru terlatih untuk sekolah kebangsaan 

2 tentangan dari kaum Cina dan India terhadap bahasa pengantar kerana mereka mahukan bahasa ibunda mereka sendiri 

3 kekurangan kewangan bagi pembiayan rancangan Oleh itu, Jawatankuasa Khas sekali lagi mencadangkan : 

1 pengunaan bahasa Melayu dan Inggeris dijalankan secara beransur-ansur 

2 pengunaan tiga bahasa di sekolah Cina dan Tamil secara beransur 

3 menghadkan bilangan murid masuk ke sekolah Inggeris 

4 penubuhan sekolah menengah vokasional Pada bulan September 1952, satu jawatankuasa Penasihat Pusat ditubuhkan bagi mengkaji Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu. Jawatankuasa ini mengesyorkan beberapa cadangan yang kemudian diluluskan menjadi Ordinan Pelajaran 1952. 

Antara cadangannya ialah: 

a. Penubuhan 2 jenis sekolah yang menggunakan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai ’ bahasa pengantar. 

b. Pelajaran selama 6 tahun dengan Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah. 

c. Sekolah kebangsaan yang dicadangkan oleh Barnes dilaksanakan. 

d. Sekolah Cina dan Tamil tidak termasuk dalam konsep sistem sekolah kebangsaan. Ordinan Pelajaran 1952 tidak dapat dilaksanakan kerana berlakunya Darurat.




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎





BAB 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN


KPS 3014😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 8 : PENGURUSAN BILIK PEMBELAJARAN




Diatas adalah salah satu keratan akhbar tentang "Asid nitrik tumpah di makmal sekolah"yang telah berlaku pada 1 September 2016. Untuk mengelakkan perkara seperti ini berlaku lagi,pihak sekolah perlu meletakkan papan amaran dan keselamatan di dalam setiap makmal di sekolah. Sebelum memulakan pembelajaran di makmal, guru perlulah mengingatkan pelajar tentang peraturan berada di dalam makmal sains sekolah. Hal ini kerana pelajar cepat lupa tentang peraturan dan mereka juga menganggap peraturan itu tidak berapa penting. Jadi guru perlu memainkan peranan mereka untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.

Pengurusan bilik pembelajaran adalah amat penting untuk dijaga. Hal ini kerana bilik pembelajaran banyak memainkan peranan dan emosi pelajar untuk menimba ilmu. Jika bilik pembelajaran tidak dijaga dengan rapi ia akan membuatkan pelajar tidak selesa untuk belajar.


TANDA – TANDA AMARAN DI DALAM BILIK MAKMAL


Tanda – tanda ini wajib ya berada di dalam makmal sains dan korang perlulah tahu apa maksud di sebalik tanda itu.







😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎





BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 7 : PENGURUSAN SUMBER



Fungsi - fungsi pusat sumber




Di pusat sumber sekolah juga diperkenalkan dengan program NILAM iaitu NADI ILMU AMALAN MEMBACA.



Dibawah adalah salah satu anugerah Nilam di sesebuah Sekolah Kebangsaan Bangsar yang di petik daripada laman web itu.


Di bawah adalah keratan akhbar tentang program "perintis program NILAM" yang telah di rasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran.


Sebanyak 100 sekolah rendah dan menengah di Selangor menjadi sekolah perintis program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) yang ditambah baik bagi menyemarakkan budaya membaca di negara ini.
Program diberi nafas baharu itu antara inisiatif kementerian bagi menambah baik kualiti bacaan dalam kalangan pelajar dengan memberi keutamaan kepada bahan bacaan bukan fiksyen dan aktiviti pengayaan selepas membaca.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof, berkata mengikut analisis pelaksanaan program NILAM tahun lalu, kadar purata bacaan seorang pelajar membaca 25 buku setahun dan jumlah itu perlu ditingkatkan lagi.
Sehubungan itu, beliau berkata program galakan membaca perlu didedahkan kepada semua pelajar tanpa mengira kaum atau taraf sosio ekonomi bagi memudahkan mereka mendapat akses kepada pendidikan berkualiti kerana ilmu menjadi prasyarat kepada pembinaan tamadun bangsa.




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎




Tuesday, 21 May 2019

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


KPS 3014😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 6 : PENGURUSAN BILIK DARJAH


Kembali lagi untuk bab seterusnya iaitu pengurusan bilik darjah. Bab ni miss yana tak tahu nak share pasal apa hahaha. Serious takde idea nak cakap apa pasal bab ni 😁 

Okeylah macam yang kita tahu pengurusan bilik darjah ni memainkan watak yang penting tau ! Eh jap watak ? hahaha peranan ye wahai adik-adikku sekalian. Sebab apa tau dia penting, sebab.....

JENG JENG JENG !!!

Sebab dia akan bermain dengan emosi kita. Emosi tak stabil jawabnya takde moodlah nak study kan kannn?? Haaa cepat cakap betul heheh

Korang baca jelah apa yang miss yana post kat bawah ni ye. Ingat walaupun sikit ilmu tapi kelak ia akan berguna untuk kita 




Kejayaan seseorang guru sebagai pengurus di bilik darjah tidak semata-mata dinilai daripada aspek kemahiran dan teknik pengajaran dan pembelajaran semata-mata, malah kualiti peribadi dan sahsiah diri juga menjadi tarikan kepada murid-murid. Untuk menjadi guru yang berdedikasi dan di sukai murid guru mestilah bijak memainkan peranannya sebagai pengurus dalam bilik darjah dengan mewujudkan bilik darjah yang kondusif dengan memasukkan faktor-faktor fizikal, sosial, emosi, dan teknikal yang telah dibincangkan demi meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran sehingga ke peringkat optimum. Akhir sekali, guru yang berwawasan mestilah bertindak sebagai mualim, muaddib, murabbi, mursyid, dan dalam masa yang sama sebagai fasilitator, pembimbing dan kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya iaitu menumpukan perhatian dengan bersungguh-sungguh melaksanakan tugas. Sabda Rasulullah SAW bermaksud, ‘sesungguhnya Allah suka apabila seseorang itu melakukan pekerjaan dengan tekun’. (Riwayat Baihaqi).


Gambar di atas adalah salah satu contoh suasana di dalam bilik darjah.



Keratan akhbar di atas adalah tentang Pelaksanaan bilik darjah abad ke-21. 13 Januari 2018 yang lalu YB Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid telah memaklumkan bahawa kelas Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK-21) akan dilaksanakan sepenuhnya di 2000 kelas di sekolah-sekolah terpilih melibatkan kawasan Bandar dan luar Bandar. Dalam membangunkan murid seimbang dan sejahtera yang dipupuk dengan Enam Aspirasi Murid, guru dan pentadbir perlu kreatif untuk menggunakan sumber yang ada, ataupun yang boleh diperolehi melalui kerjasama pelbagai pihak bagi mengoptimumkan proses PdP. Murid yang hadir ke sekolah pada zaman ini bukan lagi umpama ‘tong kosong’ yang perlu dipenuhkan dengan ilmu pengetahuan. Murid pada abad ke-21 ini pergi ke sekolah berbekalkan pengetahuan yang diperolehi daripada pelbagai sumber dari luar bilik darjah – daripada ibu bapa, rakan sebaya, komuniti setempat dan daripada dunia luar melalui internet.

Peranan guru kini adalah sebagai pembimbing yang dapat menyedarkan murid bahawa proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu berlaku di mana-mana sahaja tidak kira masa sepanjang hayat mereka. Usaha untuk membimbing murid ini memerlukan cara yang kreatif; bukan sahaja ilmu yang dikongsi oleh guru menerusi keperluan yang ditetapkan dalam kurikulum standard tetapi juga perkongsian daripada murid melalui ilmu yang diperoleh di luar bilik darjah menerusi pelbagai medium.




😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎





BAB 5 : PENGURUSAN MURID

KPS 3014😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 5 : PENGURUSAN MURID



Keratan akhbar diatas adalah tentang sumbangan bernilai RM120 setiap seorang sempena program 'Kembali Ke Sekolah' itu disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuah, Nor Saidi Nanyan di Auditorium Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA). Dibawah adalah salah satu pelajar yang telah ditemu ramah oleh wartawan Metro.

Puteri Isya Mohd Izwandi, 8, dari SK Kedawang, turut teruja apabila menerima kelengkapan persekolahan baharu untuk sesi persekolahan 2018 yang bakal bermula tidak lama lagi.
"Saya sangat gembira apabila dapat sumbangan ini kerana sekurang-kurangnya persiapan pakaian seragam sekolah sudah pun ada, cuma peralatan tulis belum dibeli," katanya yang bercita-cita menjadi doktor.
Dengan adanya bantuan seperti ini, ia akan meringankan beban ibu bapa untuk membeli barang keperluan untuk anak-anak mereka. 



😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎




BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


KPS 3014
😄 PENGURUSAN DAN PEMBELAJARAN 😄

BAB 4 : KEPIMPINAN DAN ORGANISASI


Haiii haiiii !!! Macam yang kita tahu sesebuah organisasi mestilah ada ketua kan? Kalau dekat sekolah ketua dia mestilah PENGETUA. 

Ni pengetua sekolah Upin dan Ipin hehehe 😂😂



Keratan akhbar tersebut menceritakan tentang Menteri Besar, Dato Seri Mohamad Hassan  telah menghadiri salah satu Majlis Temu Mesra Sekolah Menengah Tungku Ampuan Durah (STAD) di Seremban, Negeri Sembilan. Dato Seri Mohamad Hassan mengatakan bahawa untuk menerusi kepimpinan yang berkesan di peringkat sekolah apa ia perlulah mempunyai usaha supaya  dapat dicapai oleh semua pihak. Kecemerlangan sesebuah sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum sama ada di peringkat negeri atau kebangsaan tidak akan berjaya sekiranya tiada kepimpinan yang berkesan di peringkat pengurusan. 

Konsep kepimpinan seringkali bertindan dengan dua istilah penting iaitu pengurusan dan pentadbiran. Istilah pengurusan digunakan secara meluas di Britain, Eropah dan Afrika manakala istilah pentadbiran selalu digunakan di Amerika Syarikat, Kanada dan Australia (Bush 2003).    

Dimmock (1999) menyatakan bahawa kepimpinan di sekolah adalah tugas peringkat atasan untuk membangunkan staf, murid dan pencapaian sekolah. Manakala pengurusan melibatkan penyelenggaraan rutin operasi semasa di sekolah dan pentadbiran pula melibatkan kerja-kerja peringkat bawahan. Cuban (1988) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah usaha mempengaruhi orang lain untuk mencapai hasil akhir yang diinginkan. Manakala pengurusan adalah  penyelenggaraan secara cekap dan berkesan terhadap perjalanan semasa bagi sesuatu organisasi. Bush (1998) pula menyatakan bahawa kepimpinan adalah berkait kepada nilai atau tujuan; manakala pengurusan adalah berkaitan dengan perlaksanaan atau isu-isu teknikal. Manakala Fidler (1997) pula menyatakan bahawa kepimpinan dan pengurusan mempunyai hubungan yang rapat dan bertindan dalam banyak perkara, terutama dalam memotivasikan individu dan memberikan hala tuju kepada organisasi.

            Pengurusan pendidikan sebagai satu disiplin khusus banyak dibincangkan oleh Culbertson (1980), Hughes (1985), Hughes dan Bush (1991), Bush (1999) dan Glatter (1999). Bidang pengurusan pendidikan ini diterjemahkan daripada prinsip-prinsip pengurusan yang digunakan dalam industri dan bidang kewangan (Bush 2003).  Pembinaan teori pengurusan pendidikan pula  melibatkan aplikasi model-model di bidang industri ke bidang pendidikan.






😎😎😎 STAY TUNED FOR THE NEXT CHAPTER 😎😎😎